Latest Music :

ziddu

Home » » mother"s day

mother"s day

Monday, December 22, 2008 | 0 komentar



*Bernyanyi dulu ahhh….*

kasih ibu
kepada beta
tak terhingga sepanjang masa..
hanya memberi
tak harap kembali
bagai sang surya menyinari dunia



Selamat hari ibu…
entah ini adalah pencerminan buat ibu-ibu ataukah ada makna tersendiri ketika orang-orang jaman dahulu merayakan hal ini. yang pasti, makna hari ibu buatku adalah hari dimana sebuah kasih ibu menghiasi seluruh keluarga dan ada suatu sinar ketenangan untuk seluruh anggota keluarga yang merasa bahwa kesatuan dan jasa seorang ibu adalah tiada duanya..
Terima kasih ibu..


di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.
Share this article :

No comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FaLLin to my worLd - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger